Contact Info: sales.qistina@gmail.com

SEMUA HARGA BOLEH DI RUNDINGKAN ......

KETAKUTAN FITRAH MANUSIA

Ular! Ular! Ular! begitulah jeritan dari kanak-kanak yang menjumpai seekor ular sepanjang 1 meter berdekatan dengan rumah jiran saya. Mendengar jeritan tersebut beberapa orang pakcik yang mendengarnya cepat-cepat datang untuk melihat ular tersebut. Seorang daripada mereka berkala "oh, ular tikus, ingatkan ular tedung sela ke?" Namun ular tetap ular dan semuanya takut untuk menangkapnya. Akhirnya ular itu dihalau agar ia dapat terus hidup di kawasan semak dibelakang rumah tempat kediaman kami.

Saya terfikir ular yang begitu kecil pun sangat-sangat kita takuti kerana kita menyedari kesan akibat dari gigitan ular tersebut. Kita merasakan betapa bisanya gigitan ular walaupun kita tidak pernah di gigit oleh seekor ular, mungkin dari cerita-cerita orang tentang ular telah cukup bagi kita untuk berwas pada terhadap seekor ular tidak kira kecil atau besar. Kita gusar, takut cemas dan berbagai-bagai lagi perasaan kerana kepercayaan yang ada dalam diri kita menyebabkan kita bertindak demikian.

Mari kita lihat pula perasaan, kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah swt, apakah kita mempercayai akan siksaan Allah yang tidak terperi hebatnya? Apakah kita merasakan ketakutan yang teramat sangat apabila kita melakukan kesalahan dan dosa? Mengapa apabila kita berdiri untuk solat kita tidak terfikir untuk berhadapan dengan Allah swt yang maha berkuasa untuk menghukum segala kelalaian yang kita lakukan semasa bersolat. Apakah kita tidak mempercayai akan surga dan neraka? Kadang kala kelalaian kita tidak kita sedari sehinggakan kita tidak perasaan kita telah berada dirakaat keempat dan sedar-sedar hanya di tahayat akhir.

Marilah kita bermula dengan memperbaiki solat-solat kita agar kita merasai solat sebagai suatu yang mencegah kita dari melakukan yang mungkar didalam kehidupan kita.Mungkin kita perbetulkan solat sehinggakan kita merasai Allah swt melihat apa yang sedang kita lakukan atau kita melakukan seperti seorang pedagang yang ingin menjual barang dagangannya atau kita melakukan seolah-olah kita seorang hamba yang takut kepada tuan yang mungkin akan memarahi dirinya sekiranya lalai melaksanakan tugas yang diarahkan oleh tuannya. Dimanakah perasaan takut yang perlu kita lahirkan untuk mendapat keredaan Allah swt. Allah hu alam.